Tablet percuma bantu PdP dengan berkesan, kondusif

Mohd Alif Anas
Mohd Alif Anas
A
A
A

SHAH ALAM- Pemberian komputer riba percuma kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam kalangan kategori B40 mampu memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam suasana kondusif.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Alif Anas Md Noor berkata, langkah kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia itu juga dapat meringankan beban yang ditanggung ibu bapa dan penuntut yang kurang bernasib baik.

"GPMS menyambut baik pengumuman Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkenaan pemberian peranti secara percuma.

"Ini bukti keprihatinan kerajaan kepada agenda pendidikan negara dan juga manifestasi kepekaan terhadap kesulitan yang dihadapi para penuntut dari kategori B40 di IPT seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, penuntut yang memperoleh peranti percuma perlu mempunyai rasa kepunyaan yang tinggi dan bertanggungjawab menjaganya dengan sebaik mungkin.

Artikel Berkaitan: