[VIDEO] Penjenayah larikan pakaian, butik rugi RM50,000

Rakaman CCTV yang tular memaparkan seorang lelaki memecah masuk sebuah butik dan melarikan baju.
Rakaman CCTV yang tular memaparkan seorang lelaki memecah masuk sebuah butik dan melarikan baju.
A
A
A

SUBANG JAYA - Sebuah butik di sini mengalami kerugian RM50,000 selepas dipecah masuk seorang penjenayah pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, seorang pekerja butik berusia 30 tahun sebelum itu menerima panggilan daripada majikannya yang memaklumkan mengenai insiden itu pada jam 12.30 tengah malam.

"Pemeriksaan yang dibuat oleh wanita berkenaan mendapati pakaian, monitor dan sejumlah wang tunai telah dilarikan penjenayah, anggaran kerugian lebih kurang RM50,000," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Abd Khalid berkata, pemeriksaan kamera litar tertutup mendapati seorang lelaki bertindak mengumpil pintu 'shutter' bahagian hadapan kedai dan masuk melalui pintu kaca.

"Hasil semakan mendapati kenderaan yang digunakan oleh suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: