Plaza Tol Gombak sesak

Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melaporkan kesesakan di Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur. Foto: LLM Trafik
Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melaporkan kesesakan di Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur. Foto: LLM Trafik
A
A
A

SHAH ALAM - Lebuhraya Pantai Timur (LPT) melaporkan kesesakan di Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur.

Menerusi makluman di Facebook, kesesakan tersebut ekoran pertambahan kenderaan melalui plaza tol tersebut selain turut menyebabkan kesesakan menghala ke Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

"Selain itu, kesesakan juga berlaku sepanjang 12.5 kilometer (km) dari Plaza Tol Bentong hingga km 49.2 menghala Kuala Lumpur (Bentong-Bukit Tinggi).

"Kesesakan juga berlaku sepanjang 10.3km dari km 72.0 hingga Plaza Tol Bentong menghala Kuala Lumpur (Karak-Bentong)," katanya.

Manakala di LPT 1, trafik perlahan sepanjang 7.2km dari km 207.7 hingga ke susur masuk laluan kontra di km 200.5 arah Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: