F1: Schumacher terlepas perlumbaan susulan nahas di GP Arab Saudi

Mick Schumacher terlibat nahas pada sesi kelayakan Grand Prix F1 pada Sabtu. - FotoTwitter Formula 1
Mick Schumacher terlibat nahas pada sesi kelayakan Grand Prix F1 pada Sabtu. - FotoTwitter Formula 1
A
A
A

JEDDAH - Mick Schumacher tidak akan bersaing pada Grand Prix Arab Saudi susulan nahas yang menimpanya dalam pusingan kelayakan Formula Satu (F1).

Pasukan Haas F1 mengetepikan Schumacher daripada perlumbaan pada Ahad dan pasukan Amerika Syarikat itu berkata hanya akan menampilkan sebuah jentera.

Schumacher terlibat nahas pada Sabtu dan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut sebelum kembali ke hotel penginapannya.

Schumacher ialah anak kepada juara F1 tujuh kali Michael Schumacher.

Petugas keselamatan mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan Schumacher dari keretanya yang remuk susulan nahas.- Awani

Artikel Berkaitan: