Skuad futsal tunggu surat pelepasan KKM

Chun Yong (kiri), memberikan penerangan mengenai corak taktikal yang bakal digunakan skuad futsal kebangsaan kelak. Foto Facebook FAM
Chun Yong (kiri), memberikan penerangan mengenai corak taktikal yang bakal digunakan skuad futsal kebangsaan kelak. Foto Facebook FAM
A
A
A

KETUA jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong menegaskan penangguhan skuad kendaliannya itu berlepas ke Thailand pada Sabtu adalah disebabkan masih menunggu surat pelepasan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan lima pemain utama skuad berkenaan yang baru pulih daripada Covid-19.

Mala,h Chun Yong turut menafikan pihak pengurusan bersikap sambil lewa berhubung perkara berkenaan sehingga menyaksikan mereka belum menerima surat kelulusan (travel pass) bagi memasuki negara berkenaan.

"Kami tidak dapat berlepas ke Bangkok hari ini (Sabtu), bukanlah disebabkan kelalaian atau kegagalan pegawai FAM menghantara dokumen vaksinasi pemain dan pegawai pasukan. Kami masih menunggu surat daripada KKM.

"Berdasarkan situasi semasa, kami tidak mahu berlakunya sebarang masalah sama ada ketika berlepas di Kuala Lumpur ataupun tiba di Bangkok nanti; kerana ia akan menyulitkan lagi keadaan sekiranya pasukan atau pemain terkandas atau tidak dibenarkan masuk ke Thailand.

"Oleh itu, selepas mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan, kami membuat keputusan untuk meneruskan kem latihan di Arena Futsal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan menangguhkan perjalanan ke Bangkok," katanya.

Untuk rekod, skuad futsal kebangsaan bakal beraksi pada Kejuaraan Futsal AFF 2022 yang dijadualkan berlangsung mulai 2 hingga 10 April di Bangkok.

Sementara itu, Chun Yong turut menjelaskan tidak timbul isu kerugian membabitkan kos penerbangan dan hotel penginapan kerana perkara berkenaan sudah pun dimaklumkan lebih awal.

Malah katanya, beberapa cuma beberapa perlawanan persahabatan yang sudah dirancang sebelum ini terpaksa dibatalkan.

Artikel Berkaitan:

"Pasukan kita akan hanya berlepas ke sana (Thailand), samada pada Selasa atau Rabu depan setelah segala urusan membabitkan lima pemain berkenaan selesai sepenuhnya.

"Cuma, kita terpaksa batalkan beberapa perlawanan persahabatan yang sudahpun dirancang untuk diadakan di Bangkok sekiranya kita berlepas awal pada hari ini (Sabtu).

"Apa pun, skuad futsal kebangsaan tetap akan tiba di Bangkok sebelum pertandingan sebenar Kejuaraan Futsal AFF 2022 bermula iaitu dari 2 hingga 10 April," katanya.