Warga Bangladesh maut dihempap tong pasir

Mangsa yang juga warga Bangladesh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian di sebuah tapak pembinaan di Bandar Pinggiran Subang pada Jumaat.
Mangsa yang juga warga Bangladesh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian di sebuah tapak pembinaan di Bandar Pinggiran Subang pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki maut dihempap tong pasir di sebuah tapak pembinaan di Bandar Pinggiran Subang, di sini pada Jumaat.

Mangsa yang juga merupakan warga Bangladesh itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat, Sungai Buloh berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.57 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 15 minit kemudian.

“Laporan awal diterima membabitkan seorang lelaki yang dihempap tong pasir di kawasan tapak pembinaan bangunan.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Kenyataan itu turut memaklumkan, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: