Penyanyi nasyid ditahan disyaki terlibat kes berkaitan dadah

Mohamad Fakhrudin
Mohamad Fakhrudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penyanyi nasyid ditahan kerana disyaki terlibat kes berkaitan dadah di sebuah kondominium di Kota Damansara, dekat sini, petang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan lelaki berkenaan.

"Saya sahkan suspek ditahan dan polis akan membuat sidang media dalam tempoh terdekat mengenai perincian lanjut penahanan itu,” katanya pada Jumaat. - Bernama

Artikel Berkaitan: