YBR anjur Bengkel Keusahawanan dan Motivasi bantu usahawan terjejas

Antara peserta-peserta Bengkel Keusahawanan dan Motivasi (i Perniagaan) pada Khamis.
Antara peserta-peserta Bengkel Keusahawanan dan Motivasi (i Perniagaan) pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Bank Rakyat menganjurkan Bengkel Keusahawanan dan Motivasi (i Perniagaan) melibatkan peruntukan sebanyak RM49,339 bagi membantu usahawan sedia ada dari golongan B40, M40 dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR (YBR), Datuk Mohd Shahrizal Sahri berkata, program berkenaan bertujuan mendapatkan pendidikan dan kemahiran usahawan dalam mengembangkan serta mengekalkan perniagaan dalam norma baru.

Ujar Mohd Shahrizal, memasarkan produk memerlukan latihan kemahiran, khidmat nasihat dan sesi motivasi supaya lebih berdaya saing mental dan fizikal.

“Mereka bukan sahaja mendapat kemahiran malah turut berpeluang meningkatkan pendapatan dalam kadar segera dan akses pengetahuan pasaran bagi produk mereka.

“Bidang keusahawanan dilihat sebagai alternatif terbaik dan pilihan utama bagi rakyat mengurangi bebanan kos sara hidup, di mana ia diharapkan dapat membuka peluang buat mereka menjana pulangan dan pendapatan.

"Insya-ALLAH niat yang murni akan dapat dilaksanakan dengan baik. Dengan kerjaya keusahawanan, ia bukan sahaja dapat meningkatkan taraf hidup individu dan masyarakat, malah menyumbang peningkatan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Shahrizal berkata, YBR turut berharap agar masyarakat bijak mencari dan merebut peluang memulakan perniagaan, sekali gus memanfaatkan sumber pendapatan baharu untuk kelangsungan hidup.

Tambahnya, program hasil kerjasama dengan Pertubuhan Pembangunan Pertiwi, Belia dan Kemanusiaan Malaysia itu turut membabitkan penyertaan peserta dalam kalangan waris anak bekas anggota tentera.

Artikel Berkaitan: