MoU kerajaan, PH tidak terbatal

Ismail Sabri (depan, kanan) bersama Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (depan, kiri) hadir pada sesi undi belah bahagian bagi pergulungan perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen pada Khamis. Usul yang dibentang Wan Junaidi setelah melalui undi belah bahagian. - Foto Bernama
Ismail Sabri (depan, kanan) bersama Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (depan, kiri) hadir pada sesi undi belah bahagian bagi pergulungan perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen pada Khamis. Usul yang dibentang Wan Junaidi setelah melalui undi belah bahagian. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Memorandum persefahaman (MoU) Tansformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) tidak tergugat atau terbatal walaupun usul kerajaan gagal diluluskan di Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perkara itu berdasarkan klausa 4.1 dalam MoU tersebut yang memperuntukkan sesuatu tidak tamat secara automatik sekiranya usul kerajaan tidak disokong.

"Berdasarkan Perkara 3.3. (b) MoU, sebarang usul kerajaan atau rang undang-undang (RUU) perlu dirunding dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

"Saya berpandangan berkaitan Perkara 4.1 MoU ini, di mana ia tidak akan tamat secara automatik sekiranya sesuatu usul tidak dipenuhi jika Perkara 3.1-3.3 dalam MoU tidak dipenuhi, dan ia masih terbuka untuk rundingan di antara kerajaan dan pembangkang.

"Ini bermakna, kalau ada percanggahan, contohnya seperti apa yang berlaku semalam (Rabu), belum secara automatik MoU ini akan tamat. Ia akan tamat apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan MoU berkenaan," katanya ketika menggulung perbahasan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2022 di Dewan Rakyat pada Khamis.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan MoU yang dimeterai terbatal susulan tindakan PH yang meminta undi belah bahagi dilaksanakan di Dewan Rakyat.

Sementara itu ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan turut berpandangan pembangkang telah melanggar MoU yang dimeterai dua pihak.

Katanya, kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak lagi terikat dengan MoU yang dimeterai bersama pembangkang sebelum ini susulan Dewan Rakyat gagal luluskan usul Sosma.

Artikel Berkaitan:

Dewan Rakyat pada Rabu telah menolak usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) selama lima tahun lagi dan mengekalkan tempoh tahanan selama 28 hari.

Usul itu ditolak selepas keputusan undian belah bahagian menunjukkan hanya 85 Ahli Parlimen menyokong, manakala 86 Ahli Parlimen tidak menyokong, selain 49 Ahli Parlimen tidak hadir.