Johor siap sedia buka sempadan

Onn Hafiz ( tengah) mengadakan lawatan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar.- Foto Facebook Onn Hafiz
Onn Hafiz ( tengah) mengadakan lawatan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar.- Foto Facebook Onn Hafiz
A
A
A

JOHOR BAHRU - Persiapan sedang dilakukan kerajaan negeri bagi memastikan keselesaan rakyat Malaysia dan Singapura apabila sempadan negara dibuka 1 April.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan Persekutuan turut memberi bantuan agar persiapan yang terbaik dapat dilakukan.

"Insya-ALLAH, Johor dengan bantuan kerajaan pusat sedang membuat segala persiapan yang termampu untuk memastikan keselesaan rakyat Johor, Malaysia dan Singapura apabila sempadan kita dibuka nanti.

"Saya telah mengadakan mesyuarat penyelarasan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar bagi melihat persediaan pembukaan semula sempadan negara. Terima kasih kepada semua agensi yang terlibat bersama," katanya menerusi muat naik di laman Facebook rasminya pada Khamis.

Dalam pada itu, Onn Hafiz memberitahu perbincangan akan diadakan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pembukaan sempadan Malaysia - Singapura.

"Saya juga dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Perdana Menteri untuk membincangkan perkara ini," katanya.

Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sempadan negara akan mula dibuka pada 1 April

Beliau berkata, keputusan tersebut bersandarkan kepada tiga perkara asas iaitu berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan Covid-19, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara-negara lain dan memberi keselesaan kepada pengembara dengan tidak merumitkan perjalanan mereka.

Artikel Berkaitan: