Tiga suspek direman bantu siasatan kes jumpa mayat wanita

Tiga suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita tanpa identiti di Jalan Bukit Putus Lama.
Tiga suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita tanpa identiti di Jalan Bukit Putus Lama.
A
A
A

SEREMBAN - Dua lelaki dan seorang wanita direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat seorang wanita tanpa identiti di dalam gaung di Kilometer 14 Jalan Bukit Putus Lama di sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 41 dan 44 tahun manakala wanita berusia 18 tahun itu bermula pada Rabu hingga 29 Mac ini.

"Dua lelaki ditahan malam tadi (Selasa) di sebuah rumah di Taman Nee Yan, Temiang di sini manakala wanita itu di Jalan Persiaran Utama S, Seremban 2," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan penemuan mayat wanita oleh seorang lelaki berusia 50-an yang sedang berjoging di Jalan Bukit Putus Lama jam 10.50 pagi.

Nanda berkata, lelaki itu yang mahu mengambil gambar terkejut melihat mayat terbabit dan telah memaklumkan kepada renjer yang bertugas di Pejabat Perhutanan Ulu Bendul, Kuala Pilah.

"Renjer terbabit telah maklumkan kepada polis yang kemudian telah buat pemeriksaan di lokasi.

"Unit Pengesan Anjing (K9) yang membuat siasatan di lokasi tidak menemui sebarang kesan yang boleh membantu siasatan termasuk sama ada wujud unsur jenayah dengan kematian mangsa atau sebaliknya," katanya.

Artikel Berkaitan: