Aksi Piala FA Manchester City, Liverpool perlu dipindahkan

Stadium Wembley
Stadium Wembley
A
A
A

DATUK Bandar Manchester dan Liverpool memohon agar perlawanan separuh akhir Piala FA membabitkan Liverpool menentang Manchester City yang dijadualkan berlangsung pada 16 dan 17 April depan dipindahkan ke lokasi lain.

Dalam satu kenyataan bersama, Datuk Bandar Greater Manchester, Andy Burham, dan Datuk Bandar Liverpool, Steve Rotheram berkata, perlawanan tersebut perlu dijalankan di stadium yang lebih mudah untuk dikunjungi susulan kerja-kerja penyelenggaraan yang menyebabkan kereta api tidak dapat beroperasi daripada kedua-dua bandar berkenaan atau dari London bermula 15 hingga 18 April.

“Tanpa kemudahan kereta api secara terus, ramai orang tidak mempunyai pilihan lain selain daripada memandu, menggunakan penerbangan, mengharungi perjalanan sukar atau menempah tempat untuk bermalam.

"Kesemua faktor itu memberi kesan pada kos penggunaan harga petrol. Jadi ia sudah jelas bahawa kedua-dua penyokong kelab yang menghadiri perlawanan ini akan berdepan kos tinggi dan menyukarkan mereka,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak England (FA) ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya akan menyelesaikan masalah tersebut dengan kedua-dua kelab terlibat dan badan pengangkutan untuk memastikan peminat dapat pergi dan pulang ke Stadium Wembley tanpa sebarang masalah.

“FA akan berhubung rapat dengan kedua-dua kelab yang terlibat iaitu Liverpool FC dan Manchester City FC dalam semua pengaturan perlawanan, termasuk perjalanan penyokong untuk perlawanan separuh akhir Piala FA Emirates akan datang di Stadium Wembley.

"Kami juga terus bekerjasama dengan Network Rail dan National Express untuk mencari penyelesaian supaya penyokong kedua-dua pasukan dapat melakukan perjalanan ke dan dari perlawanan dengan gangguan seminimum mungkin,” katanya.

Artikel Berkaitan: