Rangkaian berita Rusia siar imej bom vakum digunakan di Ukraine

Sistem senjata TOS-1a digunakan tentera Rusia dalam Perang Ukraine baru-baru ini. - Foto Agensi
Sistem senjata TOS-1a digunakan tentera Rusia dalam Perang Ukraine baru-baru ini. - Foto Agensi
A
A
A

KIEV - Satu rakaman video menunjukkan tentera Rusia menggunakan misil-misil termobarik bagi menyerang sasaran ke bandar Mariupol, Ukraine dalam Perang Ukraine baru-baru ini.

Rakaman yang disiarkan oleh rangkaian berita Russia Today dan Republik Rakyat Donetsk (DNR) itu menunjukkan sistem misil TOS-1a ke arah bandar pelabuhan selatan di negara berkenaan.

Berpuluh-puluh senjata termobarik telah digunakan tentera Rusia ke arah sasaran serangannya.

Bom termobarik juga dikenali sebagai bom vakum atau bom bahan api udara yang berfungsi dalam dua peringkat.

Ia mencetuskan letupan yang besar manakala gelombang letupan tekanan tinggi boleh merobohkan bangunan dan memecahkan organ manusia.

Sebelum ini, Kementerian Pertahanan Britain mendakwa bahawa Rusia telah menempatkan senjata termobarik yang juga dikenali sebagai bom vakum di Ukraine. - Agensi

Artikel Berkaitan: