BN menang tujuh kerusi DUN menerusi undi golongan muda

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA - Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi tujuh kerusi berdasarkan keputusan pengundian di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan bilangan pengundi terbanyak berumur antara 18 dan 20 tahun.

Tujuh kerusi itu adalah Tiram, Bukit Permai, Bandar Iskandar, Permas, Panti, Parit Yaani dan Pasir Raja, manakala Pakatan Harapan (PH), Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) memperoleh tiga lagi kerusi DUN iaitu Perling, Bukit Batu dan Puteri Wangsa.

Tiram, sebuah DUN yang terletak di timur laut daerah Johor Bahru, merupakan satu-satunya kerusi DUN di Johor dengan lebih 10 peratus pengundi baharu sebanyak 10.04 peratus. Calon UMNO, Azizul Bachok menang dalam pertarungan tujuh penjuru.

Memandangkan PRN Johor adalah pilihan raya pertama selepas pelaksanaan pendaftaran secara automatik bagi mereka yang berumur 18 tahun, ia menyaksikan pertambahan 173,177 pengundi muda berumur antara 18 dan 20 tahun.

Mereka terdiri daripada 6.67 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi sebanyak 2,597,742.

Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum mengumumkan kadar keluar mengundi bagi kumpulan umur yang berbeza, namun jurucakap SPR menjawab dalam satu mesej kepada Sin Chew Daily bahawa SPR tidak mempunyai data mereka yang berumur antara 18 dan 20 tahun yang telah mengundi.

Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan SPR, walaupun kadar keluar mengundi lebih rendah berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu iaitu 74.5 peratus, jumlah sebenar pengundi adalah lebih 100,000 berbanding PRU yang lalu.

Maklumat yang dibekalkan oleh sebuah parti politik sebelum ini menunjukkan pengundi muda tidak menunjukkan keutamaan politik yang ketara pada PRN kali ini walaupun setiap parti ada penyokong muda.

Artikel Berkaitan:

Keputusan PRN Johor menyaksikan, BN bukan sahaja memenangi 40 kerusi DUN, malah menyapu bersih tujuh kerusi DUN dengan jumlah pengundi muda terbanyak, termasuk Tiram yang mempunyai jumlah pengundi muda paling ramai.

DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang bertanding di bawah PH memperoleh 20.48 peratus undi, manakala DAP berjaya menawan Perling, yang mempunyai 7.76 peratus pengundi muda.

Tiga lagi kerusi DUN dengan lebih 9 peratus pengundi muda – Puteri Wangsa, Bukit Permai dan Bandar Iskandar masing-masing ditawan Muda (1) dan Barisan Nasional (2).

Walaupun pengundi muda bukan faktor utama Muda menang, Puteri Wangsa dengan 9.89 peratus pengundi muda merupakan satu-satunya negeri yang dimenangi Muda.