Tottenham nyalakan peluang kembali ke Eropah

Heung-min
Heung-min
A
A
A

PENYERANG sensasi Korea Selatan, Son Heung-min menjaringkan dua gol ketika membantu Tottenham Hotspur naik ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas melakar kemenangan 3-1 ke atas West Ham United di Stadium Tottenham Hotspur pada Isnin.

Tiga mata diperolehi skuad kendalian Antonio Conte itu menyaksikan kelab London itu ketinggalan tiga mata di belakang kelompok empat teratas liga yang merupakan slot automatik ke Liga Juara-Juara musim depan.

Tottenham bermula tenang pada perlawanan itu apabila pertahanan The Hammers, Kurt Zouma meletakkan tuan rumah di depan pada minit kesembilan sebelum jaringan minit ke-24' Heung-min melebarkan lagi jaringan skuad asuhan Conte.

Namun Saïd Benrahma mengurangkan defisit gol tuan rumah dengan jaringan pada minit ke-35' untuk kedudukan 2-1 babak pertama permainan.

Bersambung babak kedua Tottenham mengandakan asakan menyaksikan gol dicari akhir muncul sekali lagi hasil jaringan Heung-min pada minit ke-88' untuk kedudukan 3-1.

Kemenangan itu menyaksikan Tottenham kini di tempat kelima liga, tiga mata di belakang pesaing London Utara, Arsenal, yang kini keempat dengan 54 mata dan mempunyai satu perlawanan dalam tangan berbanding Spurs.

"Dari awal permainan kami bermain dengan sangat baik, separuh masa pertama kami mencipta begitu banyak peluang. Tiga mata penting sebelum rehat membuatkan kami sangat gembira," kata Heung-min.

Keputusan itu juga tamparan pahit buat West Ham kendalian David Moyes yang tergelincir ke tangga ketujuh menyaksikan peluang kelab itu untuk Liga Juara-Juara musim depan semakin pudar.

Artikel Berkaitan: