Solat jenazah ghaib untuk Haziq di seluruh masjid

Mohd Yusop Husin
Mohd Yusop Husin
A
A
A

IPOH - Semua masjid dan surau diri Jumaat di Perak diarahkan untuk mengadakan solat jenazah ghaib selepas solat Jumaat, esok.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, arahan itu dikeluarkan selaras dengan pengumuman Menteri di-Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusop yang menyarankan agar semua masjid di negara ini melakukan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang terkorban di Christchurch, New Zealand.

"Saya minta semua masjid dan surau diri Jumaat di negeri ini untuk melaksanakan solat jenazah ghaib untuk Muhammad Haziq, selepas solat Jumaat, esok," katanya ringkas kepada Sinar Harian, hari ini.

Terdahulu, Mujahid dalam kenyataan meminta semua masjid di negara ini mengadakan solat jenazah ghaib esok selepas selesai solat Jumaat untuk Allahyarham Muhammad Haziq.

Muhammad Haziq disahkan terkorban dalam serangan pengganas di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand yang turut mengakibatkan 50 maut dalam kejadian berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN Mayat Haziq dikenal pasti melalui DNA

Artikel Berkaitan: