GP Bahrain: Leclerc mula petak depan

Charles Leclerc - Foto: AFP
Charles Leclerc - Foto: AFP
A
A
A

PELUMBA Ferrari, Charles Leclerc merekodkan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Bahrain, sekali gus menyaksikan pelumba dari Monaco tersebut mengetuai petak permulaan di Bahrain.

“Kritikan demi kritikan sepanjang dua tahun lalu merentap semangat pasukan. Kali ini kami hadir untuk musim permulaan di GP Bahrain dengan persediaan lebih rapi bagi lebih kompetitif," ujar Leclerc

Pelumba berusia 24 tahun itu bakal memulakan perlumbaan utama di petak hadapan selepas merekodkan catatan masa 1:30.558 saat (s), diikuti juara dunia, Max Verstappen daripada Red Bull kedua manakala rakan sepasukan Leclerc di Ferrari, Carlos Sainz Jr ketiga.

Rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez pula meraih petak keempat, manakala juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton dari Mercedes pula kelima.

Artikel Berkaitan: