Lelaki bawa dadah ke pejabat MP Kepong

Jia Haur (tiga, dari kiri) menunjukkan lapiran polis dibuat susulan tindakan seorang lelaki membawa bungkusan dadah ke pejabat Ahli Parlimen Kepong.
Jia Haur (tiga, dari kiri) menunjukkan lapiran polis dibuat susulan tindakan seorang lelaki membawa bungkusan dadah ke pejabat Ahli Parlimen Kepong.
A
A
A

KEPONG - Tindakan berani seorang lelaki membawa dadah jenis methamphetamine (syabu) ke pejabat Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berakhir dengan penahanan lelaki tersebut, semalam.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Kepong, Yew Jia Haur berkata, suspek berusia 39 tahun itu datang ke pejabat terletak di Metro Prima di sini jam 5.30 petang untuk membuat aduan berkenaan ugutan dan kecurian di rumahnya.

Menurutnya, lelaki yang bekerja sebagai juruteknik perisian komputer itu pernah ke pejabat untuk membuat aduan sama Januari lalu namun dinasihatkan untuk datang semula beserta laporan polis yang lengkap.

"Suspek datang selepas mendakwa seorang rakan bersama empat lelaki dipercayai anggota polis telah menggeledah rumahnya sebelum menyedari wang tunai sebanyak RM1,500 dengan seutas jam tangan miliknya hilang.

"Dia turut menyerahkan RM15,000 kepada rakannya itu untuk menutup kes. Laporan polis telah dibuat namun prosesnya berjalan perlahan menyebabkan dia meminta bantuan pusat khidmat untuk mendesak polis menyegerakan siasatan," katanya dalam sidang media diadakan hari ini.

Lelaki tersebut digari sebaik anggota polis tiba setelah membawa dadah ke pejabat Ahli Parlimen Kepong.
Lelaki tersebut digari sebaik anggota polis tiba setelah membawa dadah ke pejabat Ahli Parlimen Kepong.

Katanya, suspek yang datang bersendirian bertindak mengeluarkan bungkusan dadah itu ketika pegawai pusat khidmat cuba mendapatkan penjelasan lanjut kes.

"Sejurus dimaklumkan bungkusan itu adalah dadah, kami menghubungi polis yang tiba kira-kira jam 6.30 petang sebelum membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kira-kira jam 7.10 petang.

Artikel Berkaitan:

"Suspek bertindak (menunjukkan dadah) kepada kami mungkin dalam keadaan separuh sedar dan hanya menangis sebaik menyedari tangannya digari anggota polis," katanya.

Katanya, meskipun pusat khidmat sebagai tempat rakyat menyalurkan aduan dan masalah namun pihaknya tidak sesekali bersekongkol dengan pengadu yang melakukan jenayah.

"Saya tidak pasti tujuan pengadu bawa dadah ke pejabat disebabkan terdesak atau berniat melakukan sabotaj ke atas Ahli Parlimen atau parti DAP.

"Kami tegaskan mengenali lekaki itu atas kapasiti pengadu dan menyerahkan kes itu kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Baliau turut menasihatkan orang awam untuk membuat laporan polis jika berdepan situasi sama.

"Jika seseorang itu dalam keadaan mencurigakan membawa bungkusan atau barangan terlarang seperti dadah mahupun senjata perlulah membuat laporan polis untuk keselamatan. Ia juga bagi mengelakkan dituduh bersubahat dengan suspek," katanya.