21 individu dikompaun RM21,000 langgar SOP

Seramai 21 individu dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar SOP PPN dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang pada Jumaat.
Seramai 21 individu dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar SOP PPN dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 21 individu dikompaun keseluruhan sebanyak RM21,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang di sini pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, serbuan dijalankan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) JSJ Kuala Lumpur sekitar jam 11.50 malam.

"Antara yang dikompaun ialah seorang lelaki penjaga premis, tiga pekerja lelaki, manakala pengunjung terdiri daripada 15 lelaki dan wanita.

"Kesemua yang diperiksa merupakan warga tempatan berusia dalam lingkungan 22 hingga 50 tahun," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, kesemua yang diperiksa dikenakan kompaun RM1,000 mengikut Perkara 17 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB).

Katanya, tiada tangkapan atau rampasan dibuat dalam serbuan tersebut.

Artikel Berkaitan: