Verstappen akui keputusan di Bahrain penting

Max Verstappen FOTO: AFP
Max Verstappen FOTO: AFP
A
A
A

PENYANDANG juara Formula Satu (F1), Max Verstappen dari Red Bull berazam untuk melakar keputusan positif apabila menyingkap kalendar Grand Prix (GP) pertama sukan permotoran berprestij dunia itu di Litar Antarabangsa Bahrain pada Ahad ini.

Malah menurut Verstappen, kemenangan di Bahrain secara tidak langsung penting sebagai motivasi awal dalam mempertahankan kejuaraan dimenangi sebelum ini.

"Ya, keputusan di Bahrain penting bagi memenuhi aspirasi pasukan sebagai pilihan awal untuk kemenangan.

"Saya sangat teruja untuk mengalihkan perhatian kepada perlumbaan, ia adalah era baharu untuk sukan ini dan apa sahaja boleh berlaku.

"Jentera RB18 pula dalam keadaan baik manakala anggota pasukan kami juga bersemangat untuk mengharungi saingan musim ini yang dijangka lebih mencabar," kata pemandu berusia 24 tahun itu.

Pemandu Belanda itu sebelum ini menewaskan Lewis Hamilton dalam pecutan pusingan terakhir GP Abu Dhabi untuk meraih gelaran dunia pertamanya musim lalu.

Kalendar F1 2022

1. GP Bahrain Litar Antarabangsa Bahrain, (20 Mac)

Artikel Berkaitan:

2. GP Arab Saudi Litar Jeddah Corniche, Arab Saudi (27 Mac)

3. GP Australia Litar Albert Park, Melbourne, (10 April)

4. GP Emilia Romagna Autodromo Enzo E Dino Ferrari, Emilia Romagna, Imola (24 April)

5. GP Miami Autodrome Antarabangsa Miami, Florida, Amerika Syarikat (8 Mei)

6. GP Sepanyol Litar de Barcelona, Catalunya, Montmelo, Sepanyol (22 Mei)

7. GP Monaco Litar de Monaco, Monaco (29 Mei)

8. GP Azerbaijan Litar Baku City, (12 Jun)

9. GP Kanada Litar Gilles-Villeneuve, Montreal (19 Jun)

10. GP British Litar Silverstone, Britain (3 Julai)

11. GP Austria Red Bull Ring, Spielberg (10 Julai)

12. GP Perancis Litar Paul Ricard, Le Castellet (24 Julai)

13. GP Hungary Hungaroring, Budapest (31 Julai)

14. GP Belgium Litar Spa-Francorchamps, Stavelot (28 Ogos)

15. GP Belanda Litar Zandvoort, Belanda (4 September)

16. GP Itali Litar Monza, Itali (11 September)

17. GP Singapura Litar Marina Bay, Singapura (2 Oktober)

18. GP Jepun Litar Antarabangsa Suzuka, (9 Oktober)

19. GP Amerika Syarikat Litar Americas, Austin, Texas (23 Oktober)

20. GP Mexico City Autodromo Hermanos Rodriguez, Mexico City (30 Oktober)

21. GP Sao Paulo Autodromo Jose Carlos Pace, Sao Paulo (13 November)

22. GP Abu Dhabi Litar Yas Marina, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (20 November)