Laluan berbeza Chelsea, Manchester City, Liverpool

IMBAS KEMBALI... Para pemain Chelsea meraikan menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Manchester City di Stadium Dragao, Porto pada 29 Mei 2021. - FOTO: AFP
IMBAS KEMBALI... Para pemain Chelsea meraikan menjulang kejuaraan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Manchester City di Stadium Dragao, Porto pada 29 Mei 2021. - FOTO: AFP
A
A
A

PENYANDANG juara Chelsea yang mara ke kelompok lapan terbaik Liga Juara-Juara dijangka berdepan ujian getir apabila diundi berdepan juara 13 kali Real Madrid di peringkat suku akhir.

Skuad kendalian Thomas Tuchel itu akan menunggu anak buah Carlo Ancelotti di Stamford Bridge pada 7 April sebelum bertandang ke Santiago Bernabéu untuk aksi timbal balik kedua 13 April.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City kendalian Pep Guardiola pula akan menerima kunjungan Atlético de Madrid pimpinan Diego Simeone di Stadium Etihad pada 6 April sebelum membalas kunjungan di Stadium Wanda Metropolitano, 14 April.

Sementara itu, prospek juara EPL, Liverpool yang dikemudi Jurgen Klopp akan bertandang ke Stadium Estádio da Luz menentang Benfica asuhan Nélson Veríssimo pada 6 April sebelum timbal balik kedua di Anfield, 14 April.

Gergasi Bundesliga, Bayern Munich pula akan berdepan Villarreal kendalian bekas pengendali Arsenal, Unai Emery di Estadio de la Cerámica sebelum skuad Julian Nagelsmann itu menerima kunjungan balas di Allianz Arena, 14 April.

Perlawanan akhir kejuaraan berprestij kelab Eropah tersebut diadakan di Stade de France, Paris pada 28 Mei.

Liga Juara-Juara

Pentas Lapan Terbaik

Artikel Berkaitan:

Chelsea lwn Real Madrid

Manchester City lwn Atletico Madrid

Villarreal lwn Bayern Munich

Benfica lwn Liverpool

Pentas Empat Terbaik

Manchester City atau Atletico Madrid lwn Chelsea atau Real Madrid

Benfica atau Liverpool lwn Villarreal atau Bayern Munich