280 individu dihukum mati di Iran

Iran menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah yang dikaitkan dengan dadah. - Agensi
Iran menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah yang dikaitkan dengan dadah. - Agensi
A
A
A

GENEVA - Iran dilaporkan menjatuhkan hukuman mati terhadap 280 orang pada tahun lepas.

Angka itu diterbitkan pada Khamis oleh pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai negara tersebut.

Ketika membentangkan laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Javaid Rehman berkata, jumlah hukuman mati dijatuhkan berkaitan dengan undang-undang narkotik.

"Pada 2021, sekurang-kurangnya 280 individu termasuk 10 wanita telah dijatuhi hukuman mati," kata pelapor itu sambil menambah jumlah wanita dihukum mati turut meningkat. - AFP

Artikel Berkaitan: