MOF nafi Tengku Zafrul letak jawatan

Surat peletakan jawatan Menteri Kewangan palsu yang tular.
Surat peletakan jawatan Menteri Kewangan palsu yang tular.
A
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Kewangan (MOF) menafikan surat perletakan jawatan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang sedang tular.

Kementerian dalam kenyataan ringkas berkata, Tengku Zafrul kekal fokus untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan KeluargaMalaysia sentiasa terbela dalam pemulihan ekonomi negara daripada belenggu Covid-19.

Sejak Khamis, tular tentang peletakan jawatan oleh Tengku Zafrul selepas kelibatnya tidak kelihatan di Parlimen.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan ketidakhadirannya ke sidang Dewan Rakyat bagi mengemukakan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2021 (2022) bukanlah kerana telah meletakkan jawatan.

Sebaliknya, Tengku Zaful mempunyai urusan kecemasan peribadi dan telah memaklumkan perkara tersebut.

"Tiada niat untuk tidak menunaikan tanggungjawab saya menjawab soalan sebagai Menteri Kewangan," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Khamis.