[VIDEO] KWSP: Ahmad Zahid, perwakilan UMNO ucap terima kasih kepada PM

Ahmad Zahid pada sidang media Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Bernama
Ahmad Zahid pada sidang media Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan perwakilan parti itu menzahirkan tahniah dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana meluluskan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM10,000.

Jelas Ahmad Zahid, desakan untuk mengeluarkan wang tersebut bukan hasrat dirinya atau bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi ia adalah suara akar umbi.

“Kita juga bersyukur kepada ALLAH akhirnya kerajaan melalui Perdana Menteri setuju untuk beri kebenaran pengeluaran khas KWSP, Perdana Menteri, saya dan para perwakilan ingin ucapkan syabas dan tahniah.

“Ini suara akar umbi, bosku (Najib) pun ada menyebut bukan hasrat dia pun, saya pun ada menyebut tapi ada yang hendak tumpang semangkuk.

“Pihak pembangkang bila kita sudah sebut dan dia (pembangkang) tahu Perdana Menteri hendak umumkan (mengenai pengeluaran khas KWSP), dia kata dia (yang) minta (sedangkan) sebenarnya ini adalah perjuangan UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pada Majlis Pembukaan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur WTC KL di sini, pada Jumaat.

Pada Rabu, kerajaan mengumumkan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, katanya, pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.