Puteri UMNO bakal hilang 166,536 ahli

Nur Farhana ketika membentang dan membahaskan usul Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Khamis.
Nur Farhana ketika membentang dan membahaskan usul Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wakil Puteri UMNO menggesa agar umur keahlian pergerakan itu dinaikkan daripada 35 tahun kepada 40 tahun.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka, Nur Farhana Ab Ghani berkata, pergerakan sayap Puteri akan kehilangan ratusan ribu ahli sekiranya had umur tersebut tidak dinaikkan.

“Secara faktanya, jika pemilihan diadakan pada tahun ini dan kita masih tidak menaikkan umur Puteri kepada 40 tahun, kita akan kehilangan seramai 166,536 ahli Puteri.

“Inilah jumlah ahli Puteri yang habis umur setiap tahun dari 2018 hingga 2021,” katanya ketika membentang dan membahaskan usul Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, Nur Farhana turut mencadangkan agar golongan profesional daripada kalangan sayap Puteri diangkat sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“Apa yang paling penting, ia boleh menjadi saingan kuat kepada parti lain terutama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

“Di Johor, mungkin kita pandang enteng satu kerusi yang dimenangi mereka, tetapi setidaknya mereka sudah ada tapak dan jangan lupa, DAP juga bersama mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan: