Tukang jahit maut terbabas dalam longkang

Lokasi motosikal ditunggang Ros Liza yang terbabas pada Rabu malam.
Lokasi motosikal ditunggang Ros Liza yang terbabas pada Rabu malam.
A
A
A

KUANTAN – Seorang tukang jahit wanita maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam longkang di Permatang Badak di sini, pada Rabu malam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komsioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian itu mangsa, Ros Liza Mohamad, 53, cedera parah di bahagian kepala.

"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Baru Pandan Dua menuju ke kedai runcit berhampiran untuk membeli barangan.

"Setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri dan masuk ke dalam longkang di bahu jalan,” jelasnya.

Kes disiasat Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: