Atletico singkir Manchester United

Antara aksi menarik perlawanan Manchester United menentang Atletico Madrid di Old Trafford.
Antara aksi menarik perlawanan Manchester United menentang Atletico Madrid di Old Trafford.
A
A
A

TANDUKAN pemain Brazil, Renan Lodi pada minit ke-41, sudah cukup membolehkan Atletico Madrid menyingkirkan Manchester United 1-0 dalam pusingan 16 terbaik daripada Liga Juara-Juara dan mara ke suku akhir pada Rabu.

Atletico kendalian Diego Simeone tampil ke Old Trafford dengan misi kemenangan selepas terikat 1-1 dalam perlawanan timbal balik pertama ternyata memerlukan tuah dalam perlawanan itu.

Ini selepas skuad kendalian Ralf Rangnick yang menguasai 61 peratus permainan berbanding 39 peratus anak buah Simeone gagal menterjemahkan beberapa peluang dalam bentuk tindakan penyudah.

Kekalahan itu menyaksikan Manchester United kini memberikan sepenuh tumpuan kepada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam pemburuan slot empat teratas bagi saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Sementara Atletico yang tampil dengan status juara La Liga antara bukan pilihan mara ke perlawanan akhir di Paris pada 28 Mei depan, kini bukan lagi pasukan yang mahu ditentang dalam kelompok lapan terbaik selepas kemenangan di Manchester itu.

Dalam pada itu, Rangnick ternyata kecewa dengan pengadil perlawanan, namun sedikit terkilan dengan prestasi pasukannya.

“Kami bermain pada separuh masa pertama sangat baik, namun tidak dapat menterjemahkannya kepada satu atau dua gol.

"Ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama tidak menjadikan perlawanan ini mudah pada babak kedua, apatah lagi dengan pelbagai gangguan apabila ada sahaja pemain terbaring dalam padang selepas itu.

Artikel Berkaitan:

"Saya juga mempertikaikan beberapa keputusan pengadil dalam perlawanan ini. Namun saya tidak mengatakan ia sebagai penentu permainan tetapi dia terlalu kerap berdepan kerenah pemain yang membuang masa," katanya.