[VIDEO] TV Alhijrah tangguh siar episod ada Kak Long 7E

Kenyataan TV Alhijrah yang menangguhkan penyiaran episod Program Trending melibatkan seorang wanita dikenali sebagai Kak Long 7E.
Kenyataan TV Alhijrah yang menangguhkan penyiaran episod Program Trending melibatkan seorang wanita dikenali sebagai Kak Long 7E.
A
A
A

SHAH ALAM - Stesen televisyen tempatan, TV Alhijrah menangguhkan penyiaran episod Program Trending yang melibatkan seorang wanita dikenali sebagai Kak Long 7E.

Stesen televisyen itu dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan keputusan penangguhan tersebut dibuat selepas mengambil kira kegelisahan orang ramai.

“Program Trending merupakan sebuah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

“Kehadiran Kak Long 7E di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panelis yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada Kak Long 7E agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi isu di mana-mana platform khususnya di media sosial.

“TV Alhijrah mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton dan sentiasa berusaha meningkatkan mutu kandungan kami agar lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” kata kenyataan tersebut.

Sebelum ini tindakan pendakwah bebas yang juga Pencetus Ummah (PU) Amin berkongsi foto kehadiran Kak Long 7E di studio bagi rakaman program itu di Facebook mendapat kritikan dan komen negatif netizen.

Kebanyakan mereka tidak bersetuju Kak Long 7E dijemput sebagai tetamu kerana mendakwa sikap wanita yang ditunjukkan melalui video tular tidak menggambarkan akhlak baik kerana memarahi pekerja kedai serbaneka dan restoran makanan segera.

@sinarharianonline Stesen televisyen tempatan beri penjelasan isu program Trending jemput Kak Long 7E #fyp#TikTokNews#TrendingNewsMalaysia#BuletinTikTok#KakLong7E original sound - Sinar Harian

Artikel Berkaitan: