Himpunan aman: Notis 10 hari, tiada yang terkecuali- Muhyiddin

Muhyiddin ketika sidang media, hari ini.
Muhyiddin ketika sidang media, hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan mana-mana pihak yang mahu menganjurkan himpunan aman perlu mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tiada pihak yang terkecuali melakukan perkara itu termasuklah penganjur Himpunan Solidariti Keamanan yang akan diadakan Sabtu ini.

“Tidak kira siapa pun, kalau nak adakan himpunan itu ada peraturannya.

“Apa pun, mana-mana pihak pun tak boleh terkecuali, maknanya perlu beritahu polis, beri notis untuk maklumkan kepada polis dalam tempoh 10 hari,” katanya pada sidang media di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri, hari ini.

Selasa lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof memaklumkan satu perhimpunan aman solidariti demi kedamaian dan menolak kebencian akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

Beliau berkata, himpunan itu bertujuan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia menolak fahaman kebencian serta sebagai tanda solidariti kepada mangsa serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Himpunan aman solidariti kedamaian tolak kebencian, Sabtu ini: Mujahid

Sementara itu, Muhyiddin memberitahu pihaknya belum mengetahui kedudukan sebenar ketika ditanya mengenai sama ada pihak penganjur himpunan solidariti keamanan telah memberikan notis kepada pihak polis.

Artikel Berkaitan:

“Saya kurang pasti, tentang kedudukan sebenarnya,” jelasnya.