UK: Semua sekatan perjalanan Covid-19 tamat hujung minggu ini

Gambar hiasan. - Foto Xinhua
Gambar hiasan. - Foto Xinhua
A
A
A

LONDON - Setiausaha Pengangkutan Britain, Grant Shapps, pada Isnin berkata, semua sekatan perjalanan Covid-19 termasuk ujian saringan semasa ketibaan, akan dimansuhkan bermula Jumaat ini, lapor Agensi Anadolu.

"Perubahan itu mungkin disebabkan kempen vaksinasi Covid-19 kami dan akan memberi lebih banyak kebebasan sempena sambutan Easter," katanya.

Cuti Easter adalah amat popular dalam kalangan pelancong British. Pengumuman itu bermakna orang ramai boleh memasuki United Kingdom (UK) tanpa sebarang sekatan buat kali pertama sejak wabak itu dikesan pada musim bunga 2020.

Angka terkini dari Pejabat Statistik Kebangsaan menunjukkan bilangan kes semakin meningkat di seluruh UK.

Bagaimanapun, kerajaan tidak bimbang, namun menggalakkan mereka yang belum menerima suntikan dos penggalak untuk mendapatkannya.- Bernama

Artikel Berkaitan: