Kapal kontena tersekat di laut AS

Sebuah kapal kontena tersekat di Teluk Chesapeake selepas belayar dari pelabuhan Baltimore, Amerika Syarikat pada Ahad lalu. - Foto AP
Sebuah kapal kontena tersekat di Teluk Chesapeake selepas belayar dari pelabuhan Baltimore, Amerika Syarikat pada Ahad lalu. - Foto AP
A
A
A

WASHINGTON - Sebuah kapal kontena bersaiz besar tersekat di laut dekat Pelabuhan Baltimore, Amerika Syarikat (AS), kata seorang pegawai AS pada Isnin.

Syarikat kapal itu juga merupakan pemilik sebuah kapal kontena MV Ever Given yang menyekat laluan dan berada dalam kedudukan mengiring di Terusan Suez, Mesir pada Mac 2021.

Kapal yang tersekat itu, Ever Forward sepanjang 334 meter tersekat di Teluk Chesapeake selepas meninggalkan Pelabuhan Baltimore pada Ahad malam, kata Pengarah Eksekutif Pentadbiran Pelabuhan Maryland, William Doyle, dalam satu kenyataan.

"Tidak ada kecederaan atau tumpahan minyak," jelas Doyle seperti dilaporkan oleh AFP.

"Kapal yang tersekat itu tidak menghalang kapal lain daripada belayar ke Pelabuhan Baltimore," tambahnya.

Beliau berkata, pihaknya melakukan usaha sejak malam Ahad lalu untuk mengapungkan kapal tersebut supaya ia kembali belayar.

Pasukan Pengawal Pantai AS menyatakan bahawa setakat ini pihaknya tidak mengetahui apa yang menyebabkan kepal tersebut tersekat.

Kejadian itu berlaku setelah kapal kontena seberat 200,000 tan iaitu MV Ever Given tersekat dalam kedudukan mengiring sekali gus menghalang laluan kapal-kapal lain di Terusan Suez, Mesir selama enam hari.

Artikel Berkaitan:

Kedua-dua kapal tersebut dimiliki oleh Syarikat Evergreen Marine Corp. yang berpejabat di Taiwan.

Kapal Ever Forward sedang belayar ke Norfolk, Virginia ketika kejadian itu berlaku, lapor media AS. - Agensi