[VIDEO] Lelaki warga emas ditahan berkelakuan tidak senonoh

Rakaman yang memaparkan aksi seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh di sebuah flat di Jalan Klang Lama.
Rakaman yang memaparkan aksi seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh di sebuah flat di Jalan Klang Lama.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga emas telah ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh di sebuah flat di Jalan Klang Lama pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya telah menerima aduan berkenaan lelaki berusia 62 tahun itu pada jam 2.44 petang.

"Seorang lelaki telah mengambil pakaian dalam yang telah dijemur serta mencium dan melakukan perbuatan tidak senonoh," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Amihizam berkata, aksi lelaki itu telah dilihat serta dirakam oleh jiran, sebelum menghubungi mangsa untuk memaklumkan kejadian tersebut.

"Hasil risikan, kita telah menahan suspek di Puchong untuk siasatan lanjut. Satu kertas siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil1955 telah dibuka," katanya.

Menurut beliau, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

"Sebarang maklumat mengenai kes jenayah laporkan segera pada polis di Hotline Polis Brickfields di talian 03- 2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis yang berdekatan," katanya.

Artikel Berkaitan: