Rundingan damai pusingan keempat Moscow-Kiev

Bangunan kediaman musnah dibedil dalam serangan udara dilancarkan Rusia di Chernihiv pada akhir minggu lalu. - Foto: AFP
Bangunan kediaman musnah dibedil dalam serangan udara dilancarkan Rusia di Chernihiv pada akhir minggu lalu. - Foto: AFP
A
A
A

LVIV - [DIKEMAS KINI] Rundingan pusingan keempat antara Moscow dan Kiev dijadualkan pada Isnin selepas pasukan tentera Rusia didakwa semakin menghampiri ibu kota selain meneruskan kempen pengeboman di bandar Mariupol.

Wakil kedua-dua pihak akan bertemu melalui sidang video selepas pertemuan sebelum ini berlangsung di sempadan Ukraine.

"Kami melihat perkembangan dialog yang positif," kata anggota kanan pasukan rundingan Moscow, Leonid Slutsky.

Difahamkan, rundingan damai antara Rusia dan Ukraine masih gagal untuk mencapai kesepakatan terhadap pelaksanaan gencatan senjata, malah Moscow juga tidak menunjukkan sebarang isyarat akan meredakan konflik tersebut.

"Kami percayai tuntutan Kiev berhubung keamanan dan keselamatan akan dituruti," kata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy yang juga menuntut pertemuan empat mata bersama rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin.

Menurutnya, matlamat beliau adalah untuk memastikan rundingan bersama Putin dapat direalisasikan dalam masa terdekat. - AFP

Artikel Berkaitan: