Kereta terbakar ketika isi minyak

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.35 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Imran Ismail berkata, turut terbakar seunit pam minyak yang digunakan untuk mengisi bahan api kereta berkenaan.
“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 8.36 pagi dan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi mendapati sebuah kereta Perodua Kancil sedang terbakar,” katanya.
Ujarnya, kerja memadam api dilakukan dengan menggunakan dua unit hos daripada satu jentera dan api dapat dikawal pada jam 8.43 pagi.

“Siasatan mendapati kereta terbakar sehingga 50 peratus manakala pemandunya tidak dapat dikesan.
“Api merebak ke sebuah pam minyak dengan kemusnahan sebanyak seratus peratus,” katanya.
Tambah beliau, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Tragedi dipanah petir: Mangsa merupakan dua beradik dan sepupu, sering habiskan masa bersama
09 November 2026 10:02pmIsu tahanan rumah Najib: KDN tunggu keputusan mahkamah
09 November 2026 08:31pmBudak 2 tahun hilang: 'Kali terakhir Muhammad Muiz dilihat sedang main air di tepi sungai'
09 November 2026 07:39pmWanita ditahan conteng kalimah ALLAH, tanda salib pada kotak elektrik
09 November 2026 07:13pmTiga maut disambar petir
09 November 2026 05:44pmDulu 'mak guard', kini miliki harta RM77.4 bilion
09 November 2026 03:59pmAmaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di empat negeri hingga Rabu
09 November 2026 03:12pmKanak-kanak 2 tahun dilaporkan hilang ketika riadah bersama keluarga
09 November 2026 05:34pm- Iklan -- Iklan -

