Wanita ditemukan rentung dipercayai mangsa bunuh

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Wanita yang ditemukan rentung dalam bengkel kemahiran hidup di sebuah sekolah di Bandar Tun Razak di sini pada Sabtu dipercayai dibunuh.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, mangsa dikenal pasti sebagai penyelia kedai buku berusia 25 tahun yang bertugas di sekolah tersebut.

Menurutnya, pihak polis menerima panggilan kecemasan pada jam 6.18 petang melaporkan kejadian kebakaran di sekolah berkenaan.

"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota Balai Polis Salak Selatan pergi ke tempat kejadian dan mendapati kebakaran dipadamkan dan satu mayat dalam keadaan rentung dijumpai oleh pihak bomba.

"Mayat diserahkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk dibedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, media melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menemui satu mayat rentung dalam kejadian kebakaran di bengkel sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak di sini.

Mengulas lanjut, Muhammad Idzam berkata, hasil siasatan, pihak polis menahan seorang lelaki berusia 30-an di dalam sekolah tersebut.

"Suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: