BN dahului PRN Johor di 31 DUN

Petugas SPR membawa beg berisi kertas undi dan kelengkapan dari pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Pulau Pemanggil serta Balai Raya Pulau Aur bagi DUN Tenggaroh dengan menaiki helikopter dan tiba di Politeknik Mersing kira-kira pukul 3.30 petang ini. - Foto Bernama

A
A
A

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) mendahului majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menerusi keputusan tidak rasmi setakat jam 6.30 petang pada Sabtu, BN dilihat mendahului sebanyak 31 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Kerusi DUN berkenaan adalah, Buloh Kasap, Kemelah, Tenang, Bekok, Tangkak, Serom, Bukit Naning, Maharani, Sungai Balang, Seri Medan dan Yong Peng.

BN turut mendahului di DUN Senggarang, Mahkota, Paloh, Kahang, Endau, Tenggaroh, Penawar, Tanjung Surat, Tiram, Puteri Wangsa, Johor Jaya, Skudai dan Kota Iskandar.

DUN lain adalah Bukit Permai, Bukit Batu, Senai, Benut, Pulai Sebatang, Pekan Nenas dan Kukup.

Artikel Berkaitan: