Pengawal keselamatan, jurusolek maut nahas tiga kenderaan

Anggota keselamatan mengangkat mayat mangsa nahas dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tengku Mizan dekat Kampung Bukit Tunggal pada Sabtu. - Foto ihsan pembaca
Anggota keselamatan mengangkat mayat mangsa nahas dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tengku Mizan dekat Kampung Bukit Tunggal pada Sabtu. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pengawal keselamatan dan jurusolek maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tengku Mizan dekat Kampung Bukit Tunggal di sini, pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 1.25 tengah hari itu, mangsa, Mohammad Faiz Azmi Harun, 31 yang beralamat di Kampung Tanjung Sabtu, Manir dan Annur Izatul Dawiah Mohd Razali, 24, dari Kampung Kesom Che Nordin, Manir, maut di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, kejadian dipercayai berlaku setelah kereta Proton Waja dipandu Mohammad Faiz dari arah Jambatan Sultan Mahmud hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan masuk ke laluan bertentangan.

Menurutnya, kereta mangsa kemudian merempuh dua buah kenderaan lain termasuk Honda Civic yang dipandu Annur Izatul Dawiah.

"Kejadian itu menyebabkan kereta dipandu Mohammad Faiz tercampak ke kawasan semak di seberang jalan dan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Menurut Ismail, pemandu Perodua Viva yang turut dirempuh tidak mengalami kecederaan manakala penumpangnya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.

"Mayat mangsa yang maut dalam nahas itu dihantar ke Unit Forensik HSNZ untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: