Pandangan belia mengenai kelemahan NACP didengari

Seorang wakil belia berkongsi pendapat pada sesi Town Hall: Suara Belia 2022 anjuran GIACC pada Jumaat.
Seorang wakil belia berkongsi pendapat pada sesi Town Hall: Suara Belia 2022 anjuran GIACC pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM – Birokrasi dalam tadbir urus, kelemahan sistem nilai dan kurang kepercayaan kepada kepimpinan antara pandangan yang disuarakan golongan belia dalam Sesi Town Hall: Suara Belia 2022, pada Jumaat.

Pusat Governans, Integriti dan AntiRasuah Nasional (GIACC) dalam satu kenyataan berkata, pandangan dan cadangan berkenaan menerusi konteks governans, integriti dan antirasuah dikemukakan terus kepada Ketua Pengarah GIACC, Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan.

“Sesi berkenaan berjaya menghimpunkan suara dan pandangan kelompok belia mengenai keberkesanan dan kefahaman mereka terhadap inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang dijangka berakhir tahun hadapan,” kata kenyataan itu pada Sabtu

Menurut kenyataan itu lagi, sesi pertemuan bersemuka bersama golongan belia dihadiri 40 wakil daripada 33 badan bukan kerajaan (NGO).

“Terdapat keperluan untuk kembali semula kepada pemegang taruh iaitu antaranya kelompok belia bagi melihat keberkesanan dan kefahaman mereka terhadap inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui pelan ini.

“Pandangan dan cadangan yang dikemukakan pada sesi pertemuan dua hala bersama pemegang taruh ini akan diperhalusi oleh GIACC untuk tujuan penilaian dan seterusnya perancangan strategi baru di peringkat nasional,” katanya.

Kata kenyataan itu lagi, pertemuan kesinambungan daripada sesi perancangan senario yang diadakan pada Februari lalu juga berjaya mendapatkan pandangan dan cadangan terus daripada kelompok sasar.

Artikel Berkaitan: