Muhyiddin harap jumlah keluar mengundi capai 80 peratus

Muhyiddin (kiri) bersama Noorainee menunjukkan calitan ungu di jari masing-masing selepas selesai membuang undi di SMK Sri Muar, Muar pada Sabtu.
Muhyiddin (kiri) bersama Noorainee menunjukkan calitan ungu di jari masing-masing selepas selesai membuang undi di SMK Sri Muar, Muar pada Sabtu.
A
A
A

MUAR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap pengundi yang akan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu mencapai sehingga 80 peratus.

Katanya, peratusan jumlah keluar mengundi yang tinggi berkemungkinan akan memberi kelebihan kepada PN.

“Semalam diberitahu di Muar ini sesak. Mungkin petanda baik kerana ramai dari luar sudah pun balik mengundi pada pagi ini.

“Bagi saya, ini adalah satu perkara yang amat penting kerana kalau peratusan jumlah mengundi itu agak rendah, nanti tidak akan mencerminkan hakikat realiti kehendak rakyat di Johor yang saya percaya mahukan satu perubahan dan sebuah kerajaan yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Muar pada Sabtu.

Muhyiddin dan isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di SMK Sri Muar pada jam 9.05 pagi dan selesai membuang undi pada jam 9.18 pagi.

Mengulas lanjut, Muhyiddin turut menyeru kepada pengundi untuk keluar mengundi beramai-ramai.

“Ini adalah satu tanggungjawab dan saya harap mereka yang berada di daftar pemilih ini akan beramai-ramai keluar mengundi,” katanya.

Artikel Berkaitan:


Ikuti perkembangan semasa #PRNJohor dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my