Piala FA: Selangor laung amaran awal

Aksi Kapten Selangor, Safuwan Baharudin ketika perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang Harini FT di Stadium Petaling Jaya pada Jumaat. - Foto Selangor FC
Aksi Kapten Selangor, Safuwan Baharudin ketika perlawanan pusingan pertama Piala FA menentang Harini FT di Stadium Petaling Jaya pada Jumaat. - Foto Selangor FC
A
A
A

JUARA lima kali Piala FA, Selangor FC melaungkan amaran awal bahawa The Red Giants serius dalam pemburuan kejuaraan keenam trofi tersebut apabila membelasah kelab Liga M3, Harini FT 6-0 dalam aksi pusingan pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Jumaat.

Enam gol skuad kendalian Michael Feichtenbeiner dalam perlawanan itu dijaringkan bermula dengan hatrik Herlison Caion (17, 62, 67), Hyuri Henrique (29'), Safuwan Baharudin (42') dan Syahir Bashah (47').

Sementara itu, juara edisi 2002 Penang FC kendalian Tomáš Trucha melupakan persembahan hambar dalam saingan Liga Super sebelum ini apabila membelasah pasukan Liga M3, Bukit Tambun FC 4-0.

Beraksi di laman keramat Stadium Bandaraya, Rafael Vitor meletakkan Harimau Kumbang di depan selepas menyempurnakan sepak penalti pada minit ke-17 sebelum tiga lagi gol menyusul hasil jaringan Alif Romli (21'), Rafiuddin Roddin (64') dan Danial Ashraf Abdullah (90').

Artikel Berkaitan: