Keputusan penempatan 4,828 calon guru diumum 18 Mac

Pengambilan khas itu dibuat hasil perbincangan secara menyeluruh dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). - Foto Bernama
Pengambilan khas itu dibuat hasil perbincangan secara menyeluruh dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keputusan rasmi penempatan 4,828 calon yang berjaya dalam pengambilan khas secara ‘one-off’ atau sekali sahaja Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 akan diumumkan pada 18 Mac, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

KPM dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan semakan penempatan boleh dibuat melalui portal e-Graduan KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my.

"Tarikh lapor diri pegawai adalah pada 4 April,” menurut kenyataan itu.

Julai lepas, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan KPM membuka pengambilan khas secara ‘one-off’ seramai 18,702 pendidik bagi menyelesaikan isu kekurangan guru di beberapa negeri termasuk Sabah, Sarawak, Selangor dan Johor.

Pengambilan khas itu dibuat hasil perbincangan secara menyeluruh dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). - Bernama

Artikel Berkaitan: