Silap langkah pengganas Christchurch lunyai

Sel sempit yang menjadi 'rumah' baru Brenton Tarrant di Penjara Auckland.
Sel sempit yang menjadi 'rumah' baru Brenton Tarrant di Penjara Auckland.
A
A
A

WELLINGTON - NEW ZEALAND. Penjara Auckland di Paramoremo yang menempatkan pengganas kulit putih, Brenton Tarrant telah menjalani kerja baik pulih baru-baru ini.

Penaiktarafan itu sekali gus menjadikan ia persekitaran lebih selamat untuk kakitangan dan banduan.

Namun begitu, terma 'selamat' dilihat kurang tepat bagi menggambarkan situasi Tarrant.

Sebelum ini, pegawai di kemudahan itu memaklumkan Tarrant bakal ditempatkan di sel berasingan di bawah pengawasan 24 jam.

Tiada banduan lain boleh mendekatinya dengan mudah, malah pegawai penjara juga dipilih dengan teliti bagi memastikan keselamatan Tarrant terjamin.

"Dia akan menjadi 'popular' dalam masa singkat kerana 80 peratus banduan di penjara itu berbangsa Maori dan Pasifika (orang kepulauan Pasifik).

"Tarrant pula pelampau atau nasionalis kulit putih. Tiada siapa mahu berkawan dengannya, termasuk banduan kulit putih sendiri," kata Profesor Kriminologi Universiti Canterbury, Greg Newbold.

Sehari selepas serangan kejam menyasarkan Masjid Al Noor dan Masjid Linwood yang meragut 50 nyawa, geng bermotosikal Maori, Mongrel Mob berkata mereka ada rakan di penjara itu.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan kumpulan gengster paling berbahaya di New Zealand itu memberi gambaran banduan Maori bersedia menjadikan Tarrant sebagai 'lauk' jika mereka mempunyai peluang mendekatinya.

"Memang Parry (Penjara Auckland) adalah sebuah penjara kawalan maksimum. Tapi jika dia (Tarrant) tersilap langkah, padah menanti," kata anggota Mongrel Mob, Tanieli Fatu semasa upacara memperingati mangsa serangan di Sekolah Tinggi Hagley, Sabtu lalu.

Difahamkan, Penjara Auckland ketika ini menempatkan seramai 260 banduan.

Tarrant, warga Australia berusia 28 tahun setakat ini berdepan satu pertuduhan membunuh dan bakal berdepan banyak lagi pertuduhan termasuk keganasan apabila dihadapkan semula ke mahkamah pada 5 April nanti. - Agensi