Kelapa sumber kekayaan baharu negara

Salahuddin (kanan) menyerahkan benih pokok kelapa kepada penerima.
Salahuddin (kanan) menyerahkan benih pokok kelapa kepada penerima.
A
A
A

SEREMBAN - Malaysia berjaya mencatatkan nilai eksport kelapa dan produk kelapa sebanyak RM974 juta tahun lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata usaha untuk terus meningkatkan hasil itu mampu dicapai dengan inisiatif Projek Pertanian Rakyat iaitu Projek Pembangunan Industri Kelapa.

"Industri kelapa masih menjadi industri penting kepada negara kerana ia menyumbang kepada sosio-ekonomi yang mana dianggarkan 63,000 petani mengusahakan tanaman kelapa sebagai sumber pendapatan.

"Sehingga tahun 2018, negara masih import kelapa tua sebanyak 192,800 metrik tan dengan anggaran nilai RM96.4 juta bagi menampung kekurangan bekalan tempatan," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Gerak Kerja Tanam Kelapa Rendah di Kampung Siliau, Rantau di sini, hari ini.

Menurutnya, tahun ini kerajaan telah turunkan 38 peratus daripada kelulusan kuota import kelapa untuk pastikan harga kelapa tempatan dapat bersaing dengan kelapa import.

Dalam pada itu beliau berkata, menerusi Gerak Kerja Tanam Kelapa Rendah di kawasan Siliau, sebanyak 2,000 benih kelapa terpilih telah diagihkan kepada penerima dari Kampung Siliau, Kampung Linsum dan Kampung Pasir.

"Saya jangkakan selepas empat atau lima tahun lagi, pokok kelapa berkenaan mampu menghasilkan 200,000 biji kelapa setahun.

"Tanaman kelapa juga boleh dilaksanakan secara mix-farming iaitu diintegrasikan dengan tanaman atau ternakan untuk dapatkan pendapatan tambahan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, melalui program pembangunan industri berkenaan, ia juga dapat menjamin sekuriti makanan negara dan menyediakan pelbagai peluang yang boleh diteroka dalam mewujudkan sumber kekayaan baharu.