Covid-19: Sistem infra merah kawal pengunjung bazar Ramadan

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Md Amir (kanan) menunjukkan sistem ‘headcount’ yang menggunapakai fungsi infra merah untuk mengawal jumlah pengunjung di bazar Ramadan ketika Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pembangunan Usahawan Petaling Jaya 2021-2030 dan Sesi Cabutan Bertuah Undi Petak Bazar Ramadan 2022 di Dewan Sivik MBPJ, pada Khamis.Foto FB MBPJ.

A
A
A

PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperkenalkan sistem 'headcount' pengunjung ke bazar Ramadan menggunakan sistem infra merah di dua lokasi bazar untuk memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kawalan Covid-19.

MBPJ menerusi hantaran di Facebook rasmi memaklumkan, sistem tersebut akan digunakan di tapak bazar di SS 6/1, Kelana Jaya dan Seksyen 4, Kota Damansara.

"Pihak MBPJ mewujudkan sistem 'headcount' dengan penggunaan fungsi infra merah bagi memastikan jumlah pengunjung terkawal, yang mana tidak lebih dua orang dibenarkan di setiap petak peniaga dalam satu masa.

"Jika pihak MBPJ menyediakan 30 petak di sesuatu lokasi itu, jumlah pengunjung dibenarkan masuk hanya seramai 60 orang pada satu-satu masa," menurut hantaran tersebut, pada Khamis.

Dalam pada itu, MBPJ memaklumkan bahawa sistem tersebut dilengkapi paparan papan pemuka (dashboard) di pintu masuk bazar Ramadan bagi memaparkan maklumat keberadaan pengunjung.

Kata kenyataan itu, maklumat tersebut akan digunakan oleh pihak MBPJ dan agensi-agensi kerajaan seperti polis, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta lain-lain berhubung pematuhan SOP.

Artikel Berkaitan: