Presiden baharu Korea Selatan herdik Kim Jong-un

Yoon Suk-yeol meraih kemenangan tipis dalam Pilihan Raya Presiden Korea Selatan. - AFP
Yoon Suk-yeol meraih kemenangan tipis dalam Pilihan Raya Presiden Korea Selatan. - AFP
A
A
A

SEOUL - Yoon Suk-yeol yang baru dipilih sebagai Presiden Korea Selatan tidak menunggu lama untuk mengherdik rakan sejawatannya di Korea Utara, Kim Jong-un susulan 'keghairahan' Pyongyang melancarkan ujian peluru berpandu.

Suk-yeol yang meraih kemenangan tipis pada Pilihan Raya Presiden kali ini turut mengelar Jong-un sebagai budak biadab dan mahu pemimpin itu mengubah perangai serta berkelakuan baik.

Menurut Suk-yeol, pendekatan pentadbiran bekas Presiden Moon Jae-in dalam menangani krisis di Semenanjung Korea menyebabkan Jong-un besar kepala sehingga menyaksikan Pyongyang melancarkan sembilan ujian peluru berpandu pada tahun ini termasuk misil balistik hipersonik dan jarak sederhana yang diharamkan.

"Jika anda beri saya peluang, saya akan mengajarnya beberapa adab kerana dia orang muda yang kurang ajar," ujar bekas pendakwa raya itu.

Suk-yeol akan memulakan tugasnya secara rasmi pada 10 Mei ini. - AFP

Artikel Berkaitan: