Banjir pulih, PPS SK Simpang Durian ditutup

- Gambar hiasan
- Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Durian, Jelebu dekat sini yang menempatkan 22 mangsa dari Kampung Juntai ditutup sepenuhnya pada jam 3 petang Rabu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata, kesemua mangsa melibatkan sembilan keluarga itu dibenarkan pulang pada Rabu selepas banjir di kawasan terjejas pulih.

"Keadaan cuaca ketika ini cerah dengan paras air Sungai Triang sudah surut sepenuhnya," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Pada Selasa, PPS berkenaan dibuka selepas keadaan rumah mangsa masih ditakungi air berikutan hujan lebat berterusan sehingga mengakibatkan banjir di kawasan terbabit Isnin lepas.

Beberapa daerah termasuk Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan selama beberapa jam pada Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan: