Tragedi di NZ: Jangan kaitkan kerjasama Pas, UMNO

MOHD KHAIRUDDIN
MOHD KHAIRUDDIN
A
A
A

KUALA NERUS - Jangan kaitkan isu pembunuhan umat Islam di Christchurch, New Zealand, dengan kerjasama antara parti Pas dan UMNO.

Demikian peringatan tegas daripada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali kepada seluruh ahli politik di negara ini.

Beliau berkata, ada dalam kalangan pimpinan ahli politik mengaitkan insiden berlaku di New Zealand dengan orang Islam di Malaysia yang kemudiannya mengaitkan hubungan politik antara Pas dan UMNO.

“Walaupun perkara ini telah diambil perhatian dan ditarik balik, kita berharap agar jangan berlaku lagi perkara seumpama ini ketika umat Islam sedang bersedih dengan apa yang berlaku.

"Insiden itu tiba-tiba dikaitkan dengan orang Islam di Malaysia, yang majoritinya adalah orang-orang Islam yang memberi hak kepada orang bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka di negara ini," katanya, hari ini.

Sehubungan itu, Dr Khairuddin berharap seluruh parti politik tanah air agar menjaga sensitiviti umat Islam di Malaysia dengan tidak mengaitkan insiden di New Zealand dengan umat Islam di Malaysia.

Artikel Berkaitan: