MV Politeknik Bagan Datuk jadi rujukan pembelajaran

Pelajar Politeknik Bagan Datuk bergambar dengan replika kapal MV Politeknik Bagan Datuk.
Pelajar Politeknik Bagan Datuk bergambar dengan replika kapal MV Politeknik Bagan Datuk.
A
A
A

IPOH - Model replika kapal MV Politeknik Bagan Datuk yang dibina menggunakan kayu ketapang akan digunakan sebagai alat bantu mengajar khusus bagi pelajar program Diploma Seni Bina Kapal.

Pengarah Politeknik Bagan Datuk, Nidzar Che Ani berkata, model kapal kontena itu bakal memberi pendedahan secara terperinci bagaimana proses pembinaan kapal dilakukan kepada pelajar kursus berkenaan.

"Pensyarah akan dapat menggunakan model ini semasa pengajaran bagi menerangkan seksyen setiap bahagian kapal semasa dalam proses pembinaan kepada pelajar-pelajar Diploma Seni Bina Kapal, Politeknik Bagan Datuk.

"Pelajar juga akan dapat melihat video yang menunjukkan kaedah dan proses pembinaan MV Politeknik Bagan Datuk di samping membantu mereka mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai ship dimension dan terminology," katanya ketika berucap ketika majlis perasmian replika kapal berkenaan di Politeknik Bagan Datuk, baru-baru ini.

Tambahnya, ia juga dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan seterusnya menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif.

Artikel Berkaitan:


"Pembinaan model replika MV Politeknik Bagan Datuk ini bertujuan untuk inovasi pengajaran dan pembelajaran di politeknik kami ekoran inovasi dan transformasi adalah dua perkara yang kini diberi perhatian dalam memacu strategi pelaksanaan bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Justeru, adalah menjadi keutamaan kepada Politeknik Bagan Datuk, untuk terus mempergiatkan usaha dalam menyemarakkan lagi budaya inovasi, ke arah meningkatkan sistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan," katanya.