Pegawai tentera Rusia ditawan Ukraine akui ditipu

Astakhov Dmitry Mikhailovich - Foto Channel 24
Astakhov Dmitry Mikhailovich - Foto Channel 24
A
A
A

KIEV - Seorang komander Rusia yang berjaya ditangkap dalam peperangan dengan tentera Ukraine baru-baru ini menyatakan dia dan askar-askarnya lain ditipu berdasarkan maklumat silap yang diberitahu kepada mereka sebelum menceroboh negara tersebut.

Komander itu, Leftenan Kolonel Astakhov Dmitry Mikhailovich berkata, bahawa dia telah diperdaya untuk menyerang Ukraine atas kepercayaan bahawa kerajaan negara tersebut telah digulingkan oleh Nazi dan memerlukan pembebasan.

Bagaimanapun, keraguannya semakin memuncak apabila dia melihat dua petinju kegemarannya iaitu Oleksandr Usyk dan Vasiliy Lomachenko dari Ukraine bersetuju berjuang untuk menentang askar-askar Rusia.

Usyk sebelum ini telah berikrar untuk melawan askar-askar Rusia sehingga mati dan mendakwa dia mempunyai pistol dan tidak takut untuk membunuh jika dia perlu.

Dia merupakan juara dunia heavyweight dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik London pada tahun 2012 manakala Lomachenko ialah petinju profesional Ukraine.

Dalam mesej tegas yang disampaikan kepada askar-askar Rusia yang masih berjuang, dia merayu kepada mereka berhenti daripada bertempur dan menyatakan bahawa Rusia tidak boleh menang di negara tersebut.

Seorang tahanan askar Rusia yang lain turut memberikan kenyataan ketika ditemu bual oleh tentera Ukraine yang mengatakan arahan untuk menyerang Ukraine diberikan dalam masa yang singkat.

Menurutnya, dia diberitahu kerajaan Ukraine telah digulingkan dan dia bersama askar-askar yang lain akan pergi bagi membebaskan negara tersebut tetapi sebaliknya, mereka masuk ke dalam situasi pertumpahan darah.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini pengakuan mereka masih belum dapat disahkan dan semua kenyataan tersebut berkemungkinan telah diberikan ketika mereka berada dalam tekanan. - Agensi