Azroy tekad pertahankan kejuaraan

Azroy bakal membuat penampilan bersama jentera baharunya, Honda RSX-150 pada Kejuaraan Petronas Malaysian Cub Prix 2022 di Litar Utara Sepang pada 12 dan 13 Mac ini.
Azroy bakal membuat penampilan bersama jentera baharunya, Honda RSX-150 pada Kejuaraan Petronas Malaysian Cub Prix 2022 di Litar Utara Sepang pada 12 dan 13 Mac ini.
A
A
A

JUARA bertahan CP150, Azroy Hakeem Anuar akan kembali ke litar Kejuaraan Petronas Malaysian Cub Prix 2022 dengan jentera baharu.

Azroy dan pasukan Honda Yuzy Idemitsu akan mempertandingkan jentera baharu, Honda RSX-150 yang baharu dilancarkan pada hujung tahun 2021 sekali gus menyaksikan motosikal itu beraksi buat kali pertama di litar perlumbaan.

“Matlamat saya untuk tahun ini adalah untuk mempertahankan gelaran juara. Jentera Honda RSX-150 akan menggantikan motosikal Honda RS150 yang digunakan sebelumnya.

“Kami begitu yakin dengan kebolehan motosikal baharu ini dan kami berharap bukan sahaja akan berjaya mempertahankan gelaran Juara CP150 tetapi turut memenangi gelaran Juara Pasukan CP150 musim 2022,” katanya.

Lebih menarik apabila Azroy juga akan menggunakan nombor pertandingan #1 yang sememangnya hak juara bertahan.

“Nombor ini sememangnya jarang digunakan dalam perlumbaan. Kali terakhir nombor ini diperagakan di atas litar perlumbaan pada musim 2014 yang digunakan oleh Zaqhwan Zaidi,” ujarnya.

Pusingan pembuka tirai Kejuaraan Petronas Malaysian Cub Prix 2022 akan berlangsung di Litar Utara Sepang pada 12 dan 13 Mac ini.

Artikel Berkaitan: